Presentation Ain
Auditori Verbal
Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui alat pendengaran atau implan koklea.
Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer (1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara semula jadi yakni melalui deria dengar.
Ciri-ciri
- Merupakan pendekatan lisan
- Menggunakan pendengaran untuk belajar bahasa pertuturan
- Dibantu dengan alat bantu dengar/koklea implan sepenuhnya
- Guna sepenuhnya sisa pendengaran
- Merupakan kemahiran mendengar pertuturan tanpa membaca pergerakan bibir individu yang bertutur.
- Libatkan latihan auditori ; ajar diskriminasi bunyi
Prinsip amalan
- Pengajaran dalam bilik tiada bunyi/ senyap
- Perlu diajar seawal mungkin
- Lebih efektif dengan penglibatan ibu bapa
- Deria pendengaran semata.
- Deria lihat tidak boleh.
- Guru tutup mulut masa bertutur.
- Guru sebut perkataan dalam situasi murid tidak boleh lihat
Kelebihan dan Kekurangan Auditori Verbal
Kelebihan :
- Latih orang pekak guna bahasa manusia normal
- Aktifkan kebolehan mendengar dan bertutur
- Gerakkan bahagian kiri otak untuk kefahaman berbahasa
- Boleh faham pertuturan
- Boleh berkomunikasi
Kekurangan :
- Sukar dilatih kerana kecacatan
- Latihan ambil masa lama
- Perlukan kamahiran dan alat bantuan
- Tidak sesuai untuk individu yang tiada sisa pendengaran
- Perlukan pendekatan yang sesuai
- Berperingkat-peringkat fonetik, morfologi, sintaksis
- Perlukan bunyi bahasa
- Tidak boleh untuk pekak lebih 60dB
- Memerlukan ABD
- Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dengan anak
0 comments: