.: SELAMAT DATANG :.


Images

Kaedah-Kaedah Komunikasi Oral Dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Kaedah Auditori Verbal

Auditori Verbal

Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui alat pendengaran atau implan koklea.

Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer (1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara semula jadi yakni melalui deria dengar.

Auditori verbal merupakan proses untuk mengajar kanak-kanakmendengar dan bercakap tanpa bergantung kepada bacaan bibir atau bahasa isyarat.

Ciri-ciri

  • Merupakan pendekatan lisan
  • Menggunakan pendengaran untuk belajar bahasa pertuturan
  • Dibantu dengan alat bantu dengar/koklea implan sepenuhnya
  • Guna sepenuhnya sisa pendengaran
  • Merupakan kemahiran mendengar pertuturan tanpa membaca pergerakan bibir individu yang bertutur.
  • Libatkan latihan auditori ; ajar diskriminasi bunyi

Prinsip amalan
  • Pengajaran dalam bilik tiada bunyi/ senyap
  • Perlu diajar seawal mungkin
  • Lebih efektif dengan penglibatan ibu bapa
  • Deria pendengaran semata.
  • Deria lihat tidak boleh.
  • Guru tutup mulut masa bertutur.
  • Guru sebut perkataan dalam situasi murid tidak boleh lihat

 Kelebihan dan Kekurangan Auditori Verbal

Kelebihan :
  • Latih orang pekak guna bahasa manusia normal
  • Aktifkan kebolehan mendengar dan bertutur
  • Gerakkan bahagian kiri otak untuk kefahaman berbahasa
  • Boleh faham pertuturan
  • Boleh berkomunikasi

Kekurangan :
  • Sukar dilatih kerana kecacatan
  • Latihan ambil masa lama
  • Perlukan kamahiran dan alat bantuan
  • Tidak sesuai untuk individu yang tiada sisa pendengaran
  • Perlukan pendekatan yang sesuai
  • Berperingkat-peringkat fonetik, morfologi, sintaksis
  • Perlukan bunyi bahasa
  • Tidak boleh untuk pekak lebih 60dB
  • Memerlukan ABD
  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dengan anak








1 comment: