.: SELAMAT DATANG :.


Images

SYAHFIQAH ( TESTER ) TUTORIAL

KAEDAH ORAL - AURAL


·               Satu kaedah mendengar dan bertutur
·               Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.
·               Menggunakan dialog untuk menghafaz
·               Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul
·               Alat pandang dengar digunakan dengan meluas
·               Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur-ansur.
·               Setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.

TUJUAN KAEDAH ORAL-AURAL
      Murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
      Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.
      Murid boleh memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.


PROSEDUR
1.       Guru  memperdengarkan sebutan penutur jati
2.       Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengar.
3.       Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan.
4.       Murid berlatih bersama-sama
5.       Pecahkan kepada kumpulan kecil
6.       Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid akan diperbetulkan dan mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.
7.       Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa diberi kepada murid.
8.       Berikan teks untuk murid baca
9.       Latihan menulis pada akhir pengajaran
10.   Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan dialog.
11.   Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti yang penting.
12.   Apabila murid telah menguasai struktur-struktur  asas baharulah mereka dibenarkan membaca bahan-bahan bacaan
13.   Latihan menulis dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca.


KAEDAH ORAL-AURAL
• Dikenali juga sebagai kaedah dengar-tutur
• Memperkemb angkan keempat- empat kemahiran bahasa kepada murid
• Menggunaka n dialog untuk dihafaz dan diikuti pula dengan cara ajukan Konsep
• Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu
 • Dialog dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz
• Aktiviti dijalankan secara kumpulan
• Murid yang berjaya mencapai kemahiran yang diharapkan barulah diberikan teks Ciri- ciri
KEBAIKAN
Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi Murid berpeluang meniru dan menghafaz apa-apa yang diajarkan guru Kesalahan yang dilakukan murid- murid akan dibetulkan oleh guru dan mereka diminta mengulang- ulang perkataan yang betul KELEMAHAN Membebankan guru kerana keperluan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk dilaksankan Murid bosan kerana terlalu banyak latihan oral



Kaedah Oral-Aural
Pengenalan
Kaedah oral-aural  atau  kaedah  dengar tutur  ini  merupakan kaedah yang
menggunakan dialog  untuk  dihafaz dan diikuti  secara ajukan.

Ciri-ciri
          Dialog  dianggap realistik  dan dilatih tubi secara berulang kali
          Dialog  dan latih tubi dijalankan  secara  memberi  perhatian  kepada  intonasi
yang betul
          Sebutan  penutur jati  sebagai  objektif kaedah ini
          Pita  rakaman atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi  mendengar
sebutan yang tepat terutama apabila  guru  bukan  penutur  jati.
          Alat pandang-dengar (APD) turut digunakan supaya  sebutan  lebih realistik
dan bahan  latihan  menyebut  dan  membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah
diberi disusun  dengan rapi
          Sistem  tatabahasa diperkenalkan secara induktif
          Kosa kata diajarkan  dalam konteks  yang bermakna
          Aktiviti menulis  dilaksanakan setelah  pelajar menguasai aktiviti bacaan. Bermula
 dengan penulisan  terkawal,  kemudian  diikuti  penulisan  bebas


0 comments: