·
Satu kaedah
mendengar dan bertutur
·
Kemahiran lisan
asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.
·
Menggunakan
dialog untuk menghafaz
·
Latih tubi
dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul
·
Alat pandang
dengar digunakan dengan meluas
·
Perbendaharaan
kata diberikan kepada murid secara beransur-ansur.
·
Setelah murid
kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.
TUJUAN KAEDAH ORAL-AURAL
Murid memperkembangkan keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk
pembelajaran bacaan dan tulisan.
Murid boleh memahami kebudayaan asing
melalui pengalaman dalam bahasa.
PROSEDUR
1.
Guru memperdengarkan sebutan penutur
jati
2.
Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai
kata yang didengar.
3.
Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan.
4.
Murid berlatih bersama-sama
5.
Pecahkan kepada kumpulan kecil
6.
Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang
dilakukan, murid akan diperbetulkan dan mereka diminta mengulang-ulangkan
sebutan yang betul itu.
7.
Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi
pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa diberi kepada murid.
8.
Berikan teks untuk murid baca
9.
Latihan menulis pada akhir pengajaran
10.
Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan
dialog.
11.
Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti
yang penting.
12.
Apabila murid telah menguasai
struktur-struktur asas baharulah mereka dibenarkan membaca
bahan-bahan bacaan
13.
Latihan menulis dilakukan kemudian setelah
murid-murid boleh membaca.
KAEDAH ORAL-AURAL
• Dikenali juga sebagai kaedah dengar-tutur
• Memperkemb angkan keempat- empat kemahiran bahasa kepada
murid
• Menggunaka n dialog untuk dihafaz dan diikuti pula dengan
cara ajukan Konsep
• Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu
• Dialog dipelajari
melalui proses meniru dan menghafaz
• Aktiviti dijalankan secara kumpulan
• Murid yang berjaya mencapai kemahiran yang diharapkan
barulah diberikan teks Ciri- ciri
KEBAIKAN
Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi
Murid berpeluang meniru dan menghafaz apa-apa yang diajarkan guru Kesalahan
yang dilakukan murid- murid akan dibetulkan oleh guru dan mereka diminta
mengulang- ulang perkataan yang betul KELEMAHAN Membebankan guru kerana
keperluan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi Memerlukan tempoh
masa yang agak panjang untuk dilaksankan Murid bosan kerana terlalu banyak
latihan oral
Kaedah Oral-Aural
Pengenalan
Kaedah
oral-aural atau kaedah dengar
tutur ini merupakan kaedah yang
menggunakan
dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan.
Ciri-ciri
• Dialog dianggap
realistik dan dilatih tubi secara berulang kali
• Dialog dan
latih tubi
dijalankan secara memberi perhatian kepada intonasi
yang betul
• Sebutan penutur
jati sebagai objektif kaedah ini
• Pita rakaman
atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi mendengar
sebutan yang tepat terutama
apabila guru bukan penutur jati.
• Alat pandang-dengar
(APD) turut digunakan supaya sebutan lebih realistik
dan
bahan latihan menyebut dan membaca
bahan dikawal oleh bahan yang telah
diberi disusun dengan rapi
• Sistem tatabahasa
diperkenalkan secara induktif
• Kosa kata
diajarkan dalam konteks yang bermakna
• Aktiviti
menulis dilaksanakan setelah pelajar menguasai aktiviti
bacaan. Bermula
dengan
penulisan terkawal, kemudian diikuti penulisan bebas